Oct 29, 2025 - FASPerlawanan penentuan pasukan yang akan layak ke pusingan Separuh Akhir Piala FA 2025/26 bakal menyaksikan Selangor FC menerima kunjungan Negeri Sembilan FC di Stadium MBPJ bagi perlawanan Suku Akhir kedua pada jam 9 malam ini.
Imbas kembali perlawanan Suku Akhir pertama, skuad Gergasi Merah mendahului dengan jaringan 4-0 menentang The Jangs di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Baca reviu perlawanan di sini.
Dengan pertaruhan kelayakkan ke Separuh Akhir, Christophe Gamel, Ketua Jurulatih Selangor FC percaya para pemain perlu tunjukkan semangat juang yang sama seperti di Paroi.
“Persediaan pasukan kebanyakannya tertumpu kepada pemulihan, saya berharap mereka mendapat rehat yang cukup untuk berikan saingan yang tinggi dalam perlawanan pada malam ini. Untuk layak ke Separuh Akhir, kita perlu menerapkan semangat dan gaya permainan yang sama seperti yang pasukan tunjukkan semasa aksi suku akhir pertama Piala FA. Oleh itu, saya meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada pemain untuk kita sama-sama mencapai keputusan yang terbaik,” semangat Gamel
Bagi keberadaan pemain, Mukhairi Ajmal masih dalam fasa pemulihan daripada kecederaan Hamstring, manakala Noor Al Rawabdeh juga terpaksa diketepikan selepas mengalami kecederaan Fat Pad Impingement dan Sharul Nazeem telah disahkan mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament injury (ACL) selepas tergeliat lututnya semasa perlawanan menentang Kuala Lumpur City pada minggu lalu. Selain daripada mereka, barisan pemain Gergasi Merah bersedia untuk berjuang demi lencana di dada.
Pihak pengurusan Selangor FC mendoakan kejayaan pasukan dalam perlawanan ini sekaligus mara ke pusingan Separuh Akhir Piala FA 2025/26. Gerak terus, Gergasi Merah!
Demi Kebanggaan!